Iklan Nuffnang

Pastikan korang tak ketinggalan artikel blogger ini. Tunggu apa lagi,mari langgan dan setiap artikel yang baru automatik dihantar ke emel.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Ahad, November 14, 2010

Cara Menukar IP Streamyx – IP Dinamik

Baiklah, disini saya tunjukkan bagaimana anda boleh menukar IP streamyx anda dengan cara yang amat mudah dan berkesan. Saya akan menggunakan kelebihan daripada satu open source software yang amat berguna sekali.
Baiklah, pertama sekali anda mestilah mempunyai software JDownloader. Didalam software ini nanti ada fungsi untuk menukar IP streamyx anda. Tetapi anda haruslah mengikuti beberapa setting yang saya berikan ini nanti.
1. Download JDownload di link ini : http://jdownloader.org/download/index
- anda boleh pilih software Jdownloader mengikut OS anda. (pilihan yang sesuai, saya menggunakan versi JAVA kerana ianya tidak perlu untuk diinstall)
2. Buka perisian JDownloader anda itu tadi, dan kemudian pilih bahagian SETTING dan lihat bahagian kotak LiveHeader / Curl


3. Kemudian anda hanya perlu klik pada Fetch Router IP.
4. Selepas itu, anda perlu klik pada Create Reconnection Script.
- Selepas anda klik pada Create Reconnection Script, ada 1 window akan keluar, apa yang harus anda lakukan, pastikan Router IP yang ditulis didalam box tersebut adalah seperti ini 192.168.1.1. Seterusnya anda hanya perlu klik START. Selepas itu, anda akan lihat 1 browser dibuka dimana address pada broser tersebut bermua dengan 192.168.1.1 dan ianya merupakan log in ke Router Streamyx anda (Riger DB108-WL). Tugas anda ialah anda log in menggunakan username tmuser dan password tmuser.
- Selepas berjaya login ke router anda, anda akan lihat setting seperti ini :


- Anda hanya perlu memastikan ID streamyx anda sudah betul dan password juga betul. Langkah seterusnya ianya anda hanya perlu klik button Save/Reboot yang berada dibawah page setting tersebut. Selepas itu, anda lihat semua perisian JDownloader anda itu tadi kerana JDownloader akan RUN proses SAVING Reconnection Script. Jadi anda biarkan sahaja JDownloader save setting tersebut.
- Jika sudah selesai save reconnection script itu tadi, pada masa akan datang jika anda mahu menukar IP streamyx anda, anda hanya perlu klik pada button CHANGE IP, lihat gambar ini :


5. Selesai..
Tahniah, kini jika anda rasa IP yang anda guna sekarang ini lambat (slow), anda tukarlah IP anda dengan cara ini, ianya hanya memakan masa selama 1-2 minit sahaja. Jadi tidak rugi jika anda mencubanya. Selamat mencuba ya.
Jika ada sebarang pertanyaan atau komen, jangan segan.. Kita belajar bersama-sama..

*kredit tuk toturial ni---> JomBelajar

2 komen:

Kreatifbuzz berkata...

nak speed-up broadband boleh??

jong berkata...

klu nk speed up broadband TCP optimizer

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
DreamHost Uptime