Iklan Nuffnang

Khamis, November 18, 2010

Bongkar Rahsia Gelang Tangan Tungsten AC Mizal

lama dah aku tak update blog ni.Apa tak nye,mod nak cari info-info terbaru ni xde. hehe.. saje jek bap busy nak prepare tuk final exam!!

Artikel kali ini aku nk gtau korang pasal isu mengenai Gelang Tungsten AC mizal yang popular semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.Rata-ratanya,umum telahpun tahu dengan Gelang Tungsten AC Mizal.Tak perlu nak cerita panjang lebar.Apa yang aku ingin kongsikan di sini,adalah beberapa fakta mengenai perniagaan AC Mizal Konsortium.

Harga untuk seutas rantai AC Mizal ini adalah RM 1,000 setiap satu.Ya!aku ulang sekali lagi.RM 1,000!.Lebih mahal dari gelang emas 7 gram!Yang pastinya,gelang AC Mizal tiada harga,tapi gelang emas ada.Apa keistimewaan gelang AC Mizal ini adalah,ianya didakwa mampu memberikan tenaga dan mempunyai beberapa “sakti” bagi mengubat masalah-masalah kesihatan.

Ramai yang hendak tahu,dari mana sumber gelang ini sebenarnya?AC Mizal tak ada kilang nak hasilkan gelang ini.Jadi,mesti ada yang tertanya-tanya,dari mana dia ambil?

Baiklah,sumber gelang ini berasal dari syarikat di China yang namanya,Guangzhou HotTime Jewelry Co.,Ltd.yang beralamat di:R218, QiaoDe Business Center,Second Floor of QiaoDe Street No.62-84, XiCha Road,BaiYun District,GuangZhou,China.Kos seutas bracelet besi dan tungsten daripada kilang tersebut adalah USD25 sahaja (dalam RM78).

Berikut adalah gambar sebut harga dan kuantiti minimun pembelian.Sila klik pada gambar untuk tumbesaran



Korang sendiri lihat berapa harga sebenar gelang ini.Hanya USD 25 atau RM 78 dengan kuantiti pesanan minimum adalah 25 utas. Bayangkanlah kalau dia beli sebanyak 1000 utas gelang?Pasti harga seutas gelang tersebut akan menjadi lebih murah.

Tak perlulah nak kira kos naik kapal terbang ke,apa ker,bukan kena tax banyak sangat sebagaimana beli kete impot.Habis-habis pun,kos sebenar setiap utas akan menjadi sebanyak RM 140 atau kurang.Itu pun dah 100% keuntungan.Ni apa kes jual sampai RM 1000?Ada berlian ke dalam gelang tu?

Nampak dah?Aku sebenarnya kecewa,trik sebegini dimanipulasi untuk menunjukkan bahawa gelang AC Mizal memberi kekuatan.Ini tidak benar sama sekali.Teknik ini dah lama ada.Sebelum AC Mizal jadi artis 4U2C lagi.

Selain itu,tiada satu fakta mengenai kandungan magnet dalam gelang tersebut mampu untuk memberi apa-apa manfaat secara langsung atau tidak langsung.Malah,di luar negara,dah ada syarikat Q-Ray Magnetic Bracelet yang terpaksa membayar 87 juta USD kepada pelanggan kerana menipu.




Sebenarnya,tiada kesan dengan memakai gelang tersebut.Kalau ada yang pakai,kata boleh jadi kuat sampai boleh angkat orang dengan satu jari,ini tidak lebih semata-mata penipuan

Sememangnya,tiada kesan dari segi sains yang dapat membuktikan gelang magent ini membawa manfaat.Aku begitu terasa dengan mentaliti sains di kalangan rakyat Malaysia,khususnya Melayu,yang tidak pernah membuat apa-apa penelitian mengenai gelang AC Mizal ini.

Kalau kita lihat pun,rata-rata di Malaysia ini,ramai yang pakai pun dari Melayu.Mana pergi kaum-kaum lain?Kenapa mereka tidak tertarik untuk beli gelang ini?

Inilah melayu kalau meniaga.Selalu tikam kaum dan bangsa sendiri dalam mencari keuntungan.Yang hampir 900% pulak tu!Dengan gelang yang sebenarnya tidak lebih dari alat kosmetik sahaja,tambah pulak dengan Skim Piramid.


Jelas ianya adalah skim piramid.Tiada siapa yang boleh menafikan. Skim di atas adalah mirip kepada skim piramid “8-ball Model”.Tapi lebih dasyat!1 Downline dengan 12!Memang cari nahas dengan skim begini.nak faham lebih lanjut,tengok gambar di bawah:


Biasalah kalau dah tengok gambar macam ini,memang terliur tengok angka juta-juta tu.tapi perlu diingat,sistem-sistem begini akan “crash” apabila sampai tahap tepunya nanti.Untuk sistem begini, kebiasaannya akan crash pada level ke-4 atau ke-5.

Siap disediakan juga pinjaman kepada penjawat awam dan swasta yang nak menjalankan perniagaan ini.Hmm,sepatutnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil langkah sewajarnya terhadap Konsortium AC Mizal sebelum lebih ramai lagi yang bakal menjadi mangsa.

Untuk lebih info,sila klik DISINI

1 komen:

sue berkata...

ape la ko nih. org melayu nak maju sikit bukan ko nak support, lagi nak kutuk kuat2. adat la nak meniaga berapa % margin dia nak letak. Kalo melayu buat ko kata melayu menipu tapi kalo bangsa lain buat ko kata dia bijak meniaga. Malu la pada diri sendiri wei!!

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
DreamHost Uptime