Iklan Nuffnang

Pastikan korang tak ketinggalan artikel blogger ini. Tunggu apa lagi,mari langgan dan setiap artikel yang baru automatik dihantar ke emel.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sabtu, Oktober 02, 2010

Penemuan Sains Moden Membukikan Kebenaran Al-Quran


PENEMUAN SAINS MODEN MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN
Penemuan-penemuan saintifik masa kini mengukuhkan kefahaman berhubung sesuatu ayat dan sekaligus menampakkan keunggulan al-Quran. Terdapat banyak ayat yang berkaitan dengan alam dan sains yang baru difahami maknanya hari ini diantaranya ialah ayat yang berkaitan dengan sifat alam semesta yang ‘mengembang’ atau ‘the expanding universe’.

Allah berfirman dengan maksudnya “Dan langit kami bangunkan dengan Kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” – Surah Az-Zariyat ayat 47. Ayat ini menceritakan tentang pengembangan alam.

Sehubungan dengan itu As-Syeikh Said Hawa di dalam karangannya Al-Asas fit Tafsir menulis “Maksud ayat ini ialah, Allah menjadikan langit di dalam keadaan terus menerus mengembang. Ia juga bermaksud langit juga diluaskan oleh Allah. Maka itu ayat ini adalah mukjizat berhubung kejadian alam. Penceritaan ini membuktikan bahawa ilmu al-Quran amat jauh kehadapan melampaui ruang dan zaman. Jika ada sesiapa yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan pengetahuan sainsnya, eloklah mereka ini menilai dirinya sebelum terlambat.”

Hanya pada hari ini barulah sains moden menjumpai bukti-bukti sah bahawa alam semesta kita tidak statik, sebaliknya ia ‘membesar’ atau mengembang. Pada tahun 1929M, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble dengan mengunakan teknologi canggih mendapati alam ini sedang mengembang. Semakin jauh jarak sesebuah galaksi daripada bumi semakin, semakin cepat proses pengembangannya.

Pada 9 Mei 1996, satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam. Dua kumpulan saintis antarabangsa membuat kajian dengan mengunakan alat teleskop angkasa Hubble milik NASA, dan mereka mengesahkan kebenaran teori ini. Malah mereka dapat mengukur kelajuan kadar pengembangan alam ini sekaligus membenarkan firman Allah dalam al-Quran.

Penemuan-penemuan sains yang relevan memantapkan kefahaman berhubung dengan sesuatu hukum contohnya hukum pengharaman babi. Allah berfirman dengan maksudnya “sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah yang mengalir dan daging babi” – Surah al-Baqarah ayat 173.
Journal of Virology 1997 menerbitkan hasil laporan penyelidikan yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr Yoshihiro Kawoaka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka menunjukkan pada kerongkong babi ada sistem yang membolehkan bermacam virus memasukinya sama ada virus daripada burung ataupun binatang lain. Sistem ini mengubah virus kepada satu bentuk yang amat membahayakan manusia.

Jesteru itu saintis menganggap babi semacam “mixing vessel’ atau ‘bahtera takungan kuman’ yang amat berbahaya kepada manusia. Fakta seperti ini membantu manusia memahami dan meyakini tentang adanya hikmah disebalik larangan-larangan dalam Islam.

0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
DreamHost Uptime