Membaca artikel mengenai pengemis sebelum ini, teringat saya satu kisah. Walaupun berpendapatan tetap, kita sering mengeluh, harga minyak dan barangan semakin naik, hal anak-anak nak bersekolah lagi. Tapi tahukah anda, ada seseorang yang menjadi pengemis tetapi mampu membesarkan anak-anaknya, sehingga anak-anak tersebut berjaya berada dekat universiti?
Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tak berapa tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba Allah tersebut.
Saya : Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 18 tahun , nak.
Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik.. sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : (Dengan agak keberatan.. tapi jawab juga) Paling sedikit RM50.00 nak
Saya : Banyak juga ya pakcik??
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Saya : Ohhhh!..... keluarga pakcik ada di mana?
Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nuun.
Saya :Wahh.. hebat-hebat keluarga pakcik ni... boleh tahan juga yerrr..
Penegmis: (Sambil tersenyum ;-) Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?
Saya: (Membalas senyuman..^_^..) Pakcik ni.. So anak pakcik tu semuanya masih kuliah ke?
Pengemis : Tak arrrrrr.... semuanya mengemis seperti pakcik.... Dorang kata duduk maengemis dekat universiti ni banyak kit incomnyer pasal budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah!
Saya: Cisss.. Hampehhhhhh..!!!!
Hehehehehe.. dah, pi sambung buat kerja tu balik, kalau taknak menerima nasib seperti pakcik.
Di amik dari SYOK.ORG =)
1 komen:
ciss.... aku tertipu.. hahaa
Catat Ulasan